bagaimana memilih lense untuk DSLR anda

November 22, 2010




Salah satu perbezaan antara kamera SLR berbanding kamera lain ialah 'lense' atau lensanya yg boleh ditukar mengikut keadaan atau jenis gambar yang ingin diperolehi. lense kamera DSLR ada pelbagai saiz.

Bagaimana untuk memilih lense yang terbaik untuk DSLR korang?

sebelum kita nk pilih lense, kita kena pastikan dulu, jenis apakah kamera DSLR yg ingin dibeli ataupun yang sudah sedia ada.

alasannya?

lense berbeza dari segi jenis kamera DSLR. lense yang direka untuk kamera Nikon tidak akan sesuai untuk digunakan pada kamera Canon.

ini kerana, lense mempunyai sambungan elektronik dengan kamera DSLR dimana ia menyampaikan maklumat dari lense ke kamera dan anda boleh mengubah tetapan lense itu terus dari badan kamera itu sendiri.

lense mount
lense mount.



Lense mount adalah titik sambungan antara lensa dan DSLR anda.  

Lense mount Canon berbeza dari lense mount Nikon yang juga berbeza dari lense mount Sony.







Lense kamera tidak hanya dikeluarkan oleh syarikat kamera tersebut sahaja, ada juga keluaran dr pihak ketiga (third party). sebagai contoh jenama yang sering digunakan ialah seperti Tokina, Sigma dan Tamron. kebiasaannya lense dr pihak ketiga ini lebih murah dari lense yang di keluarkan oleh pengeluar utama kamera DSLR.

ada bnyk pilihan dalam membeli lense. Adakah anda berminat dgn lense dari syrikat pengeluar di mana ia lebih berkualiti tapi memerlukan kos yang tinggi ataupun dari jenama2 sigma, tokina dan juga tamron yang tidak kurang juga kualitinya dan memerlukan kos yg lebih rendah.


jika anda ingin membeli third party lense, di sini anda perlu pastikan lense mount tersebut sesuai dengan kamera anda.




jenis lensa

dalam pemilihan lense, anda juga perlu tahu mengenai beberapa jenis lense mengikut apa yang anda inginkan.



Lensa Kit (kit lenses) - Ini lensa yang ditawarkan sebagai satu pakej dengan kamera DSLR yang anda beli. Lense ini merupakan lense yang kegunaan lebih kepada penggunaan umum (tiada pengkhususan) dan ssesuai utk pengunaan harian yang biasa. jika anda tidak berminat dgn lense ini, anda boleh membeli hanya badan kamera DSLR sahaja, dan beli lense yang lain.
 

Prime lenses - Adalah lensa yang mempunyai satu focal length saja. Lense ini menjadi kurang popular ketika para jurugambar menginginkan kemudahan dari berbagai focal length dari satu lense iaitu lensa zoom (zoom lenses). Prime lenses dikenali dengan  kualiti gambar dan kelajuan (aperture lebih cepat).





 
Lensa Zoom Telefoto (Telephoto zoom lenses)-Adalah lense DSLR yang paling popular ketika ini dan datang dalam pelbagai tetapan dan tahap kualiti. Kelebihan bg lense ini adalah anda tidak perlu pergi lebih dekat dengan subjek anda untuk mendapatkan gambar yang lebih kecil. Lensa ini dapat memiliki panjang fokus yang lebar dan juga yang kecil.


anda kena ingat bahawa, semakin panjang focal length lense anda, lebih kuat kesan kamera goyang pada gambar anda.


Lensa Makro (Macro Lenses)- lensa ini secara khusus direka untuk mengambil gambar objek yang dekat. Banyak lensa dan kamera yang mempunyai tetapan 'makro' tapi lensa makro membolehkan anda untuk mendapatkan gambar dalam jarak yang sangat dekat dari subjek.











Wide Angle Lenses - Seperti namanya, kanta ini membolehkan anda untuk mengambil gambar dengan perspektif yang sangat luas. Mereka berguna untuk lanskap dan untuk mendapatkan gambar dalam jarak yang dekat dengan subjek tp bnyk yang dpt diambil.

Anda perlu tahu bahawa lense yang sangat luas kadang-kadang akan merosakkan gambar anda sedikit (atau banyak), terutama pada bahagian tepi gamabr anda di mana mereka boleh jadi sangat melengkung. Ia boleh digunakan untuk kesan yang hebat, tetapi juga boleh mengecewakan.

 
fisheye lenses - termasuk dalam kategori wide angle lenses juga tp ianya sengaja merosakkan gambar anda dalam cara yang melengkung untuk mendapatkan lebih luas gambar yang diambil.







inilah beberapa jenis lense yang ada, jenis lense manakah yang berkenan di hati anda?

harap peneranganserba sedikit mengenai lense ini dapat membantu kalian dalam memilih lense yang sesuai utk kamera anda. 
sebarang pertanyaan sila komen k.

tomato: sayur atau buah?

"tak salah kalau kita pergi ke dalam sebuah restoran dan memesan salad tanpa sayur, kerana kita masih akan dapat tomato. tak rugi. memang berbaloi." ~Che Guevara, Orang

kebanyakan daripada kita menggunakan alasan sayur untuk mengelakkan diri daripada memakan tomato, tetapi adakah benar tomato itu sayur?

tampalan(?) ini akan membincangkan tentang tomato dan ciri-cirinya serta bagaimana dapat diklasifikasikan tomato ke dalam salah satu daripada dua kategori ini, sayur atau buah, dengan menggunakan ciri-ciri yang bakal disebutkan.

dengan menggunakan google, dapat diketahui bahawa tomato tumbuh daripada pokoknya yang tumbuh daripada tanah. ciri-ciri pokok ialah berdaun, mesti, berbunga, kadang-kadang, dan berbuah, juga kadang-kadang. oleh sebab pokok tomato sudah berdaun dan lebah tak hinggap pada tomato untuk madu, tomato adalah buah.


selain itu, tomato juga mempunyai biji-bijian yang jelas kelihatan jika kita mengambil masa untuk membelah-belah tomato kepada dua, empat, lapan mahupun 16 bahagian. untuk ambil mudah, kita boleh panggil perkara tersebut sebagai biji tomato. oleh sebab daun tidak berbiji, boleh disimpulkan bahawa tomato ialah buah, lagi sekali.

warna juga merupakan faktor yang penting dalam proses membezakan sayur dan buah. sayur selalunya mempertunjukkan warna-warna yang kurang menarik dan bosan seperti warna hijau muda, hijau tua, hijau tahi ayam, hijau kuning-kuning, kuning-kuning hijau sedikit dan hitam bagi yang dah layu. tomato warna merah. menarik. buah. bukan sayur.

pengkategorian ini juga boleh dilakukan dengan mengkaji faktor rasa. tp ak xnk wat. mls da. kire buah je la. time je. salam.

nota: topik seterusnya... coleslaw kfc.

spoiler: sies coleslaw tuh sayo.

Apa? Bley install Android kat iphone!!

hello guys,

Percaya atau tidak, kini android bley running di dalam idevice korang wowww. ini merupakan berita baik bagi peminat iphone terutame nyer pengguna iphone 2g and 3g. So sape yang nak cube os android bley install bende ni kat idevice korang free of charge maa. Aihh x kan nak dengar jer kan, jom kiter cube.

Pemasanggan iDroid ke dalam iphone:

Applikasi iDroid hanya menyokong idevice seperti berikut:
  • iPhone 2G pada iOS 3.1.2 atau 3.1.3 di jailbrake dengan Blackra1n, Redsn0w or PwnageTool.
  • iPhone 3G pada iOS 4.x di jailbrake dengan Redsn0w or PwnageTool.

Langkah-Langkahnyer:

Langkah 1:
Korang perlu jaibreak dulu iphone korang. JB program yang perlu digunakan Redsn0w, PwnageTool dan Blackra1n sahaja.

Langkah 2:
Setelah berjaya di jailbreak korang perlu run Cydia dan tap pada ‘ Manage ‘. Pada mange page tu pilih ‘Sources’. Kemudian korang tap pula edit di bahagian atas belah kanan lepas tu tap add dan korang per masukkan url ni "http://repo.neonkoala.co.uk" dan tap add source.

























































Langkah 3:
Selepas berjaya add repository seperti di atas. Korang dengan mudah bley cari Bootlace dalam cydia. Tap search kat bahagian bawah cydia dan tulis Bootlace dan install kan nyer.





























Langkah 4:
Selepas dah berjaya install applikasi tu, korang leh tap pada OpeniBoot dan mula install seperti gamba berikut:






























Langkah 5:
Selepas install OpeniBoot, korang perlu install idroid plak





























Langkah 6:
setelah selesai install kesemua nya, anda perlu reboot device untuk mula running android. Kini anda telah berjaya meng install android kedalam iphone.

So kepada sesape yang dah penah buat bende ni leh kongsi pengalaman tetang penggunaan mungkin ade bende baru korang jumpe. Aku dah try bende ni, mmm xde laa best sangat sebab x semua function adroid ade dalam applikasi ni. Dari segi interface plak, still iphone gak cun lg. Sebelum terlupe mase korang reboot korang kene pilih ios mane yang korang nak run apple ke android. Untuk pemilihan ios korang per tekan power button dan untuk yes korang perlu tekan home buttons.Ok selamat mencube.





























Sila bagi pandangan di ruang komen

Followers

Borak

Popular Posts