Salah satu perbezaan antara kamera SLR berbanding kamera lain ialah 'lense' atau lensanya yg boleh ditukar mengikut keadaan atau jenis gambar yang ingin diperolehi. lense kamera DSLR ada pelbagai saiz.
Bagaimana untuk memilih lense yang terbaik untuk DSLR korang?
sebelum kita nk pilih lense, kita kena pastikan dulu, jenis apakah kamera DSLR yg ingin dibeli ataupun yang sudah sedia ada.
alasannya?

ini kerana, lense mempunyai sambungan elektronik dengan kamera DSLR dimana ia menyampaikan maklumat dari lense ke kamera dan anda boleh mengubah tetapan lense itu terus dari badan kamera itu sendiri.
![]() |
lense mount |
Lense mount adalah titik sambungan antara lensa dan DSLR anda.
Lense mount Canon berbeza dari lense mount Nikon yang juga berbeza dari lense mount Sony.
Lense kamera tidak hanya dikeluarkan oleh syarikat kamera tersebut sahaja, ada juga keluaran dr pihak ketiga (third party). sebagai contoh jenama yang sering digunakan ialah seperti Tokina, Sigma dan Tamron. kebiasaannya lense dr pihak ketiga ini lebih murah dari lense yang di keluarkan oleh pengeluar utama kamera DSLR.



jika anda ingin membeli third party lense, di sini anda perlu pastikan lense mount tersebut sesuai dengan kamera anda.
jenis lensa
dalam pemilihan lense, anda juga perlu tahu mengenai beberapa jenis lense mengikut apa yang anda inginkan.
Lensa Kit (kit lenses) - Ini lensa yang ditawarkan sebagai satu pakej dengan kamera DSLR yang anda beli. Lense ini merupakan lense yang kegunaan lebih kepada penggunaan umum (tiada pengkhususan) dan ssesuai utk pengunaan harian yang biasa. jika anda tidak berminat dgn lense ini, anda boleh membeli hanya badan kamera DSLR sahaja, dan beli lense yang lain.

Prime lenses - Adalah lensa yang mempunyai satu focal length saja. Lense ini menjadi kurang popular ketika para jurugambar menginginkan kemudahan dari berbagai focal length dari satu lense iaitu lensa zoom (zoom lenses). Prime lenses dikenali dengan kualiti gambar dan kelajuan (aperture lebih cepat).

anda kena ingat bahawa, semakin panjang focal length lense anda, lebih kuat kesan kamera goyang pada gambar anda.



Anda perlu tahu bahawa lense yang sangat luas kadang-kadang akan merosakkan gambar anda sedikit (atau banyak), terutama pada bahagian tepi gamabr anda di mana mereka boleh jadi sangat melengkung. Ia boleh digunakan untuk kesan yang hebat, tetapi juga boleh mengecewakan.

fisheye lenses - termasuk dalam kategori wide angle lenses juga tp ianya sengaja merosakkan gambar anda dalam cara yang melengkung untuk mendapatkan lebih luas gambar yang diambil.
inilah beberapa jenis lense yang ada, jenis lense manakah yang berkenan di hati anda?
harap peneranganserba sedikit mengenai lense ini dapat membantu kalian dalam memilih lense yang sesuai utk kamera anda.
sebarang pertanyaan sila komen k.
3 komen:
lol. bleh gantung cm2 lak?
haha.. td kuar jap.. x sempat nk abeskan...
haha. ak 2ka da menu atas tuh... xlapis da.
Post a Comment