coleslaw kfc: sayur atau buah?

November 23, 2010

"saya tak pernah luluskan coleslaw dalam menu kfc. kentang goreng pun tak, tapi saya tak kisah sangat. coleslaw? jangan nak burukkan nama saya." ~Kolonel Sanders, Patung KFC.

coleslaw itu sayur. kepada sesiapa yang tak makan sayur, jangan makan coleslaw.

amaran di atas mungkin kedengaran agak kasar bagi segelintir pihak. ianya memang kasar. saya pangkah coleslaw. bukan pangkah macam mengundi tu. pangkah macam markah kosong jawapan salah, dilarang membawa kamera ke dalam tandas dan orang berat tak boleh duduk atas kerusi ni. pangkah.

atas kemalasan diri saya sendiri, saya akan berenti menggunakan bahasa baku dan akan menggunakan bahasa pasar berserta singkatan-singkatan yang sepatutnya mulai perenggan yang seterusnya.

clsw kfc syr. jgn mkn. sy akn cb trgkn np clsw kfc 2 syr srgks mgkn. bau mmg xsdp r kn? sy pn xtau cmn ad org yg le thn. bau xsdp, syr. rs pn bl thn gk xsdp. aym kfc sdp kn? lg sdp dr clsw? wtp nk mkn clsw lg? ckp r mkn aym. rs xsdp, syr. wrn bl thn r. mrh, hj, kng, pth. kl ad br le jd jlr gmlg. bh. tp lmbt. syr da mng. clsw syr.



meskipun yang demikian, untuk memastikan agar pembaca dapat memahami mesej yang cuba saya sampaikan, akan saya merajinkan diri saya semula untuk berbahasa malaysia baku mulai awal perenggan ini tadi.

sifat kesayuran pada sesayur coleslaw dapat dibau dangan jelas pada baunya dan dirasa dengan lidah untuk rasa yang kurang enaknya. berikut adalah huraian-huraiannya.

pada kebiasaannya, sebuah buah akan mengeluarkan bau yang enak dan sentimental untuk menarik minat pembau untuk memakannya (hal ini tidak benar pada durian yang dimusykili kebuahannya). sebagai contoh, buah oren dengan bau pewangi paris hilton dan strawberi dengan britney spears. bau coleslaw tidak pernah dijadikan pewangi. hal ini kerana, coleslaw ialah sayur.

selain itu, rasanya yang kurang enak jika hendak dibandingkan dengan rasa ayam goreng kfc mendatangkan tanda tanya mengenai peranannya dalam hidangan lengkap kfc. jika kita membuat hipotesis bahawa (a) setiap hidangan terdiri daripada sayur dan buah, dan (b) yang lebih sedap itu buah, dapatlah kita mengkategorikan bahawa coleslaw itu sayur.

meskipun coleslaw itu beraneka warna, hal ini tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada dikategorikan dalam kategori sayur. takziah.

nota: topik seterusnya, air batu campur (abc).

0 komen:

Followers

Borak

Popular Posts