Silhouette merupakan pemandangan sesuatu objek, yang hanya menunjukkan bentuk tanpa maklumat permukaan objek tersebut. Silhouette memerlukan latarbelakang yang lebih cerah dari objek.
Tips menghasilkan gambar siluet:-
Matikan Flash
Yang pertama dan terpenting adalah flash di kamera harus dimatikan, kalau tidak anda akan dapat foto yang biasa (objek utamanya tidak jadi gelap). Jadi matikan flash dikamera anda.
Cari kondisi pencahayaan yang tepat (backlight)
Untuk menghasilkan siluet, background anda harus lebih terang dibandingkan dengan objek utama. Kebanyakan foto siluet dilakukan ketika sunset atau sunrise, dimana matahari (sumber cahaya) ada di belakang objek yang ingin anda ambil (backlighting). Tapi gambar siluet juga boleh di ambil pada waktu yang lain, yang penting cahaya di belakang objek lebih terang.
Foto siluet akan sangat menonjolkan bentuk objek utama, oleh karena itu cari objek dengan bentuk yang menarik dan memiliki karakter kuat.
Carilah background yang tepat
Untuk mendapat siluet anda harus mencari background yang lebih terang.
Ukur eksposur dengan tepat (manual/ auto)
Seboleh mungkin gunakanlah mode manual eskposur. Set metering di spot metering. Lakukan pengukuran di kawasan background yang paling terang. Ubah kombinasi aperture dan shutter speed sesuai dengan hasil metering anda, terutama pada aperture pastikan anda set sesuai denga kehendak anda (aperture besar untuk background yang agak kabur dan aperture kecil untuk background yang tajam). Setelah anda menentukan aperture dan shutter speed yang dipilih, arahkan kamera ke objek utama.
Jika anda tidak bisa menggunakan mode manual, gunakanlah mode auto. Arahkan kamera ke kawasan paling terang, tekan setengah shutter anda (jangan tekan penuh) lalu tahan shutter. Kemudian arahkan kamera ke objek utama anda, kemudian barulah anda tekan sepenuhnya shutter anda.
Selamat mencuba...
Showing posts with label Canon. Show all posts
Showing posts with label Canon. Show all posts
Gambar bayangan hitam atau siluet (Silhouette)
March 11, 2011
Kelajuan Shutter (shutter speed)
December 01, 2010
Dalam penggunaan DSLR, korang perlu tahu mengenai kelajuan shutter.
Apa tu kelajuan shutter?
kelajuan shutter (shutter speed) adalah masa yang diambil atau berapa lama aperture terbuka dan terdedah kepada cahaya ketika merakamkan sesuati imej. Kelajuan shutter dilihat seperti 1/30, 1/1500 di dalam tetapan DSLR. Kelajuan ini dikira dalam unit saat.
![]() |
| gambar air dengan kelajuan shutter yang perlahan |
Kelajuan shutter bergantung kepada keadaan cahaya. Jika cahaya kurang, maka kelajuan shutter perlu lebih perlahan untuk mengumpul cahaya. kelajuan shutter mempengaruhi gambar yang diambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.
Kelajuan shutter juga bergantung kepada pergerakan subjek. Shutter yang laju seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak sebagai contoh gambar sukan yang menggukan banyak gerakan. Kelajuan shutter yang rendah pula merakan pergerakan subjek dengan samar.
![]() |
| gambar pemain bola dengan shuter yang laju |
Ketika menggunakan kelajuan shutter yang perlahan, seperti 1/5, tripod di perlukan bg mengurangkan kesan samar (blur). Jika tidak menggunakan tripod, minimum bg kelajuan shutter biasanya adalah dari 1/50 hingga 1/100. namun ia juga bergantung kepada teknik dan kekuatan tangan anda.
Anda perlu rajin mencuba kelajuan shutter yang berbeza untuk mendapatkan gambar yang baik bg sesuatu keadaan.
Harap anda faham dengan penerangan sy.
tajuk seterusnya : aperture?
senarai kamera DSLR Canon
November 16, 2010
ni senarai Kamera DSLR drpd Canon pula. Juga disusun mengikut tahap penggunaan kamera tersebut.
Entry Level
- EOS 300D
- EOS 350D
- EOS 400D
- EOS 450D
- EOS 500D
- EOS 550D
- EOS 1000D
Semi profesional
- EOS D30 (Tidak lagi dalam line-up aktif untuk Canon)
- EOS D60 (Tidak lagi dalam line-up aktif untuk Canon)
- EOS 10D (Tidak lagi dalam line-up aktif untuk Canon)
- EOS 20D (Tidak lagi dalam line-up aktif untuk Canon)
- EOS 20DA (Tidak lagi dalam line-up aktif untuk Canon)
- EOS 30D (Tidak lagi dalam line-up aktif untuk Canon)
- EOS 40D (Tidak lagi dalam line-up aktif untuk Canon)
- EOS 50D
- EOS 60D
Premium
- EOS 7D
- EOS 5D
- EOS 5D Mark II
Professional
- EOS-1D (Tidak lagi dalam line-up aktif untuk Canon)
- EOS-1Ds (Tidak lagi dalam line-up aktif untuk Canon)
- EOS-1D Mark II (Tidak lagi dalam line-up aktif untuk Canon)
- EOS-1Ds Mark II (Tidak lagi dalam line-up aktif untuk Canon)
- EOS-1D Mark II N(Tidak lagi dalam line-up aktif untuk Canon)
- EOS-1D Mark III
- EOS-1Ds Mark III
- EOS-1D Mark IV
Subscribe to:
Posts (Atom)



