Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

taufufa: sayur atau buah?

November 25, 2010

"kuala lumpur boleh maju dan maju lagi. kita dah ada taufufa hitam, putih dan hijau. dbkl ada rancang nak buat warna indigo. tak ada buah yang lagi sedap." ~Yap Ah Loi, Pemaju

pertama sekali, ingin saya meminta maaf atas penukaran tajuk pada saat-saat terakhir daripada air batu campur kepada taufufa. saya tidak dapat melihat masa depan pada ABC.

taufufa atau macam mana pun perkataan ini dieja meru
pakan salah satu makanan tradisional di malaysiaku tercinta ini.

makanan ini dimitoskan telah dibawa masuk ke dalam negara ini melalui tongkang dari negeri china, merentasi laut china selatan, buat lap kat singapura, lalu selat melaka, depan lagi sikit, berhenti kat georgetown, makan angin jap dan diposlajukan ke jalan tiga bangi... oleh british. kata mitos. tak boleh percaya sangat.

kini, taufufa boleh didapati di mana-mana pasar malam berdekatan rumah anda. berharga dalam lingkungan seringgit lebih ke dua ringgit, ianya selalu terjual bersama-sama dengan tong air kacang soya yang terletak bersebelahan yang beris
i air kacang soya yang berharga seringgit untuk cawan, dua ringgit untuk plastik dan tiga ringgit untuk jag.

*agak hebat jika anda bolah nampak pakcik jual taufufa

ramai bertanyakan kepada saya dalam bahasa pasar dan saya paparkan dalam bahasa yang agak baku untuk tontonan pelawat, "bagaimana anda boleh makan taufufa sedangkan anda tidak makan sayuran?"

saya pun menjawab dalam bentuk penulisan yang sama, "apakah?"

mereka bingkas bingung dan meringkaskan soalan lalu bertanya kembali, "bagaimanakah?"

saya tanpa membuang masa menjeling serius ke arah pakcik jual taufufa, "seringgit setengah kan pakcik?"

pakcik taufufa jawab "ya", ala-ala yoda dalam star wars episod tiga.

bagi menjelaskan mengapa saya makan taufufa yang secara tidak langsungnya menjatuhkan taufufa sebagai buah, saya akan tampilkan dialog yang telah berlangsung beberapa minit selepas jawapan satu perkataan pakcik taufufa tadi antara saya, lelaki A dan lelaki B di lokasi rahsia. restoran azura, seksyen tiga tambahan, bandar baru bangi.
lelaki A: sila jawab saudara?

saya: boleh kemukakan soalannya sekali lagi?

lelaki B:
bagaimana anda boleh makan taufufa sedangkan anda tidak makan sayuran?

saya: bagaimanakah boleh tercetusnya idea untuk soalan ini?

lelaki B: topik ini terkeluar semasa lelaki A sedang enak menyanyi di jamban.

lelaki A: saya lelaki A dan saya membenarkan hujah di atas.

saya: adakah anda serius dengan pertanyaan ini?

lelaki B: ya.

lelaki A: sungguh.

saya: bolehkah saya menjawab soalan ini dengan soalan yang lain?

lelaki A: contohnya?

lelaki B: saya hairan.

saya: contohnya, lelaki A bertanyakan kepada saya, kenapa bulan itu bulat...?

lelaki B: ya... dan... dan...

saya: saya bertanya kembali kenapa... tak boleh ke?

lelaki A: saya menjawab ya bagi soalan di atas. boleh.

lelaki B: saya agak macho dan membenarkan jawapan melalui lebih soalan.

saya: ape kene mengene taufufa ngan sayur? taufufa kan buah?

lelaki A: ...

lelaki B: ...

saya: ...

lalu kami pun lantas menukar topik perbualan sambil hisap shisha sampai jam tiga pagi.

teladan: taufufa itu buah.

nota: topik seterusnya... jagung.

coleslaw kfc: sayur atau buah?

November 23, 2010

"saya tak pernah luluskan coleslaw dalam menu kfc. kentang goreng pun tak, tapi saya tak kisah sangat. coleslaw? jangan nak burukkan nama saya." ~Kolonel Sanders, Patung KFC.

coleslaw itu sayur. kepada sesiapa yang tak makan sayur, jangan makan coleslaw.

amaran di atas mungkin kedengaran agak kasar bagi segelintir pihak. ianya memang kasar. saya pangkah coleslaw. bukan pangkah macam mengundi tu. pangkah macam markah kosong jawapan salah, dilarang membawa kamera ke dalam tandas dan orang berat tak boleh duduk atas kerusi ni. pangkah.

atas kemalasan diri saya sendiri, saya akan berenti menggunakan bahasa baku dan akan menggunakan bahasa pasar berserta singkatan-singkatan yang sepatutnya mulai perenggan yang seterusnya.

clsw kfc syr. jgn mkn. sy akn cb trgkn np clsw kfc 2 syr srgks mgkn. bau mmg xsdp r kn? sy pn xtau cmn ad org yg le thn. bau xsdp, syr. rs pn bl thn gk xsdp. aym kfc sdp kn? lg sdp dr clsw? wtp nk mkn clsw lg? ckp r mkn aym. rs xsdp, syr. wrn bl thn r. mrh, hj, kng, pth. kl ad br le jd jlr gmlg. bh. tp lmbt. syr da mng. clsw syr.



meskipun yang demikian, untuk memastikan agar pembaca dapat memahami mesej yang cuba saya sampaikan, akan saya merajinkan diri saya semula untuk berbahasa malaysia baku mulai awal perenggan ini tadi.

sifat kesayuran pada sesayur coleslaw dapat dibau dangan jelas pada baunya dan dirasa dengan lidah untuk rasa yang kurang enaknya. berikut adalah huraian-huraiannya.

pada kebiasaannya, sebuah buah akan mengeluarkan bau yang enak dan sentimental untuk menarik minat pembau untuk memakannya (hal ini tidak benar pada durian yang dimusykili kebuahannya). sebagai contoh, buah oren dengan bau pewangi paris hilton dan strawberi dengan britney spears. bau coleslaw tidak pernah dijadikan pewangi. hal ini kerana, coleslaw ialah sayur.

selain itu, rasanya yang kurang enak jika hendak dibandingkan dengan rasa ayam goreng kfc mendatangkan tanda tanya mengenai peranannya dalam hidangan lengkap kfc. jika kita membuat hipotesis bahawa (a) setiap hidangan terdiri daripada sayur dan buah, dan (b) yang lebih sedap itu buah, dapatlah kita mengkategorikan bahawa coleslaw itu sayur.

meskipun coleslaw itu beraneka warna, hal ini tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada dikategorikan dalam kategori sayur. takziah.

nota: topik seterusnya, air batu campur (abc).

tomato: sayur atau buah?

November 22, 2010

"tak salah kalau kita pergi ke dalam sebuah restoran dan memesan salad tanpa sayur, kerana kita masih akan dapat tomato. tak rugi. memang berbaloi." ~Che Guevara, Orang

kebanyakan daripada kita menggunakan alasan sayur untuk mengelakkan diri daripada memakan tomato, tetapi adakah benar tomato itu sayur?

tampalan(?) ini akan membincangkan tentang tomato dan ciri-cirinya serta bagaimana dapat diklasifikasikan tomato ke dalam salah satu daripada dua kategori ini, sayur atau buah, dengan menggunakan ciri-ciri yang bakal disebutkan.

dengan menggunakan google, dapat diketahui bahawa tomato tumbuh daripada pokoknya yang tumbuh daripada tanah. ciri-ciri pokok ialah berdaun, mesti, berbunga, kadang-kadang, dan berbuah, juga kadang-kadang. oleh sebab pokok tomato sudah berdaun dan lebah tak hinggap pada tomato untuk madu, tomato adalah buah.


selain itu, tomato juga mempunyai biji-bijian yang jelas kelihatan jika kita mengambil masa untuk membelah-belah tomato kepada dua, empat, lapan mahupun 16 bahagian. untuk ambil mudah, kita boleh panggil perkara tersebut sebagai biji tomato. oleh sebab daun tidak berbiji, boleh disimpulkan bahawa tomato ialah buah, lagi sekali.

warna juga merupakan faktor yang penting dalam proses membezakan sayur dan buah. sayur selalunya mempertunjukkan warna-warna yang kurang menarik dan bosan seperti warna hijau muda, hijau tua, hijau tahi ayam, hijau kuning-kuning, kuning-kuning hijau sedikit dan hitam bagi yang dah layu. tomato warna merah. menarik. buah. bukan sayur.

pengkategorian ini juga boleh dilakukan dengan mengkaji faktor rasa. tp ak xnk wat. mls da. kire buah je la. time je. salam.

nota: topik seterusnya... coleslaw kfc.

spoiler: sies coleslaw tuh sayo.

intro: sayur atau buah?

November 21, 2010


"seringkali kita berada di dalam kekeliruan, di mana kita dipaksa untuk mengajukan soalan cepumas kepada diri kita sendiri; sayur atau buah?" ~Barack Obama, Presiden AS

sayur atau buah bukanlah persoalan yang baru. manusia dari kurun yang terdahulu lagi sering bertelingkah tentang perkara-perkara yang was-was, yang menimbulkan syak dalam pengklasifikasian dua kategori ini.

Confucius sendiri pernah mengelirukan dirinya sendiri dengan soalan ini tentang epal pada awal-awal penbabitan beliau dalam bidang seni kolaj. cuma setelah 15 tahun barulah beliau dapat mengisytiharkan sendiri bawaha epal adalah buah dengan hujah-hujah yang tak kunjung bernasnya seperti "epal itu sedap" dan "sayur tak sedap".

benar. kesedapan pada rasanya adalah salah satu faktor utama yang dapat membezakan antara buah dan sayur.

siri ini akan membantu masyarakat kini dalam mengatasi kekeliruan yang dihadapi mereka dalam membezakan antara dua kategori ini; sayur atau buah.

note: topik-topik yang bakal dibincangkan termasuk ubi kentang, daun, ipod shuffle, proton inspira dll.

note lagi: topik seterusnya... tomato.


Followers

Borak

Popular Posts