Silhouette merupakan pemandangan sesuatu objek, yang hanya menunjukkan bentuk tanpa maklumat permukaan objek tersebut. Silhouette memerlukan latarbelakang yang lebih cerah dari objek.
Tips menghasilkan gambar siluet:-
Matikan Flash
Yang pertama dan terpenting adalah flash di kamera harus dimatikan, kalau tidak anda akan dapat foto yang biasa (objek utamanya tidak jadi gelap). Jadi matikan flash dikamera anda.
Cari kondisi pencahayaan yang tepat (backlight)
Untuk menghasilkan siluet, background anda harus lebih terang dibandingkan dengan objek utama. Kebanyakan foto siluet dilakukan ketika sunset atau sunrise, dimana matahari (sumber cahaya) ada di belakang objek yang ingin anda ambil (backlighting). Tapi gambar siluet juga boleh di ambil pada waktu yang lain, yang penting cahaya di belakang objek lebih terang.
Foto siluet akan sangat menonjolkan bentuk objek utama, oleh karena itu cari objek dengan bentuk yang menarik dan memiliki karakter kuat.
Carilah background yang tepat
Untuk mendapat siluet anda harus mencari background yang lebih terang.
Ukur eksposur dengan tepat (manual/ auto)
Seboleh mungkin gunakanlah mode manual eskposur. Set metering di spot metering. Lakukan pengukuran di kawasan background yang paling terang. Ubah kombinasi aperture dan shutter speed sesuai dengan hasil metering anda, terutama pada aperture pastikan anda set sesuai denga kehendak anda (aperture besar untuk background yang agak kabur dan aperture kecil untuk background yang tajam). Setelah anda menentukan aperture dan shutter speed yang dipilih, arahkan kamera ke objek utama.
Jika anda tidak bisa menggunakan mode manual, gunakanlah mode auto. Arahkan kamera ke kawasan paling terang, tekan setengah shutter anda (jangan tekan penuh) lalu tahan shutter. Kemudian arahkan kamera ke objek utama anda, kemudian barulah anda tekan sepenuhnya shutter anda.
Selamat mencuba...
Showing posts with label kamera. Show all posts
Showing posts with label kamera. Show all posts
Gambar bayangan hitam atau siluet (Silhouette)
March 11, 2011
ISO
January 06, 2011
Salam...
untuk entri kali ni.. saya akan menerangkan satu lagi perkara yang perlu anda tahu dalam penggunaan DSLR, iaitu ISO.
ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA jka anda pernah mengunakan kamera filem. Kebanyakan DSLR mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso sehingga 6400 dan 25600. ISO yang rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.
Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan 'aperture' dan 'kelajuan shutter' yang diperlukan. Tambahkan ISO untuk 'aperture' yang kecil dan 'kelajuan shutter' yang laju. ISO yang laju seperti ISO 800, 1600. ISO tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise atau 'grain' (bintik-bintik pada gambar).
Asasnya anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang paling rendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman fokus yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman fokus tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. Sekiranya gambar anda blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan ISO walaupun ianya akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur.
![]() |
| contoh perbezaan penggunaan ISO drpd fotogu |
Berikut beberapa contoh penggunaan ISO mengikut keadaan dan hasilnya.
| ISO | Kesesuaian | Hasil |
| 100-200 | Waktu tengah hari terik/cerah dan cukup kekuatan cahaya (seperti di dalam studio) | Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum. |
| 400 | Waktu mendung, dibawah litupan. | Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima |
| 800 | Waktu di dalam rumah | Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan. |
| 1600 | Waktu malam dan kurang bercahaya | Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan. |
| 3200-6400 | Waktu yang gelap dan tidak bercahaya. | Gambar sesuai di ambil menggunakan mod hitam putih. |
Harap penerangan saya dpat membantu anda dalam mengendalikan DSLR anda.
Sebarang pertanyaan sila komen ya. =)
Mengetahui jumlah shutter count
December 14, 2010
Salam..
shutter count merujuk kepada bilangan gambar yang telah anda ambil dengan DSLR anda atau bilangan shutter yang anda sudah tekan.
Apa kepentingan untuk kita tahu shutter count ni?
ianya penting sebab setiap dslr ada had penggunaan shutter nya. jika ia melebihi daripada had tersebut, shutter count boleh dianggap sebagai had nyawa bg dlsr. jika shutter count sudah sampai ke tahap maksimum, anda perlu menukar shutter yang baru.
Di atas pertanyaan halia kentang @ aanpaan,
sy selalu menggunakan opanda IExif untuk melihat jumlah shutter yang telah sy gunakan.
Apa yang perlu anda lakukan?
1. Muat turun opanda IExif -> klik untuk muat turun atau buka http://www.opanda.com/en/iexif/download.htm
2. Install Opanda IExif
3. Buka gambar yang paling terbaru dari dslr anda.
4. Opanda IExif akan menunjukkan maklumat-maklumat daripada gambar yang anda pilih termasuklah jumlah shutter bg dslr anda.
![]() | |
| Opanda IExif 2 |
sangat mudah untuk digunakan.
jika anda mahu melihat jumlah shutter dengan menggunakan internet, anda boleh cuba regex.info/exif.cgi
selamat mencuba.
Kelajuan Shutter (shutter speed)
December 01, 2010
Dalam penggunaan DSLR, korang perlu tahu mengenai kelajuan shutter.
Apa tu kelajuan shutter?
kelajuan shutter (shutter speed) adalah masa yang diambil atau berapa lama aperture terbuka dan terdedah kepada cahaya ketika merakamkan sesuati imej. Kelajuan shutter dilihat seperti 1/30, 1/1500 di dalam tetapan DSLR. Kelajuan ini dikira dalam unit saat.
![]() |
| gambar air dengan kelajuan shutter yang perlahan |
Kelajuan shutter bergantung kepada keadaan cahaya. Jika cahaya kurang, maka kelajuan shutter perlu lebih perlahan untuk mengumpul cahaya. kelajuan shutter mempengaruhi gambar yang diambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.
Kelajuan shutter juga bergantung kepada pergerakan subjek. Shutter yang laju seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak sebagai contoh gambar sukan yang menggukan banyak gerakan. Kelajuan shutter yang rendah pula merakan pergerakan subjek dengan samar.
![]() |
| gambar pemain bola dengan shuter yang laju |
Ketika menggunakan kelajuan shutter yang perlahan, seperti 1/5, tripod di perlukan bg mengurangkan kesan samar (blur). Jika tidak menggunakan tripod, minimum bg kelajuan shutter biasanya adalah dari 1/50 hingga 1/100. namun ia juga bergantung kepada teknik dan kekuatan tangan anda.
Anda perlu rajin mencuba kelajuan shutter yang berbeza untuk mendapatkan gambar yang baik bg sesuatu keadaan.
Harap anda faham dengan penerangan sy.
tajuk seterusnya : aperture?
bagaimana memilih lense untuk DSLR anda
November 22, 2010
Salah satu perbezaan antara kamera SLR berbanding kamera lain ialah 'lense' atau lensanya yg boleh ditukar mengikut keadaan atau jenis gambar yang ingin diperolehi. lense kamera DSLR ada pelbagai saiz.
Bagaimana untuk memilih lense yang terbaik untuk DSLR korang?
sebelum kita nk pilih lense, kita kena pastikan dulu, jenis apakah kamera DSLR yg ingin dibeli ataupun yang sudah sedia ada.
alasannya?
lense berbeza dari segi jenis kamera DSLR. lense yang direka untuk kamera Nikon tidak akan sesuai untuk digunakan pada kamera Canon.ini kerana, lense mempunyai sambungan elektronik dengan kamera DSLR dimana ia menyampaikan maklumat dari lense ke kamera dan anda boleh mengubah tetapan lense itu terus dari badan kamera itu sendiri.
![]() |
| lense mount |
Lense mount adalah titik sambungan antara lensa dan DSLR anda.
Lense mount Canon berbeza dari lense mount Nikon yang juga berbeza dari lense mount Sony.
Lense kamera tidak hanya dikeluarkan oleh syarikat kamera tersebut sahaja, ada juga keluaran dr pihak ketiga (third party). sebagai contoh jenama yang sering digunakan ialah seperti Tokina, Sigma dan Tamron. kebiasaannya lense dr pihak ketiga ini lebih murah dari lense yang di keluarkan oleh pengeluar utama kamera DSLR.
ada bnyk pilihan dalam membeli lense. Adakah anda berminat dgn lense dari syrikat pengeluar di mana ia lebih berkualiti tapi memerlukan kos yang tinggi ataupun dari jenama2 sigma, tokina dan juga tamron yang tidak kurang juga kualitinya dan memerlukan kos yg lebih rendah.jika anda ingin membeli third party lense, di sini anda perlu pastikan lense mount tersebut sesuai dengan kamera anda.
jenis lensa
dalam pemilihan lense, anda juga perlu tahu mengenai beberapa jenis lense mengikut apa yang anda inginkan.
Lensa Kit (kit lenses) - Ini lensa yang ditawarkan sebagai satu pakej dengan kamera DSLR yang anda beli. Lense ini merupakan lense yang kegunaan lebih kepada penggunaan umum (tiada pengkhususan) dan ssesuai utk pengunaan harian yang biasa. jika anda tidak berminat dgn lense ini, anda boleh membeli hanya badan kamera DSLR sahaja, dan beli lense yang lain.
Prime lenses - Adalah lensa yang mempunyai satu focal length saja. Lense ini menjadi kurang popular ketika para jurugambar menginginkan kemudahan dari berbagai focal length dari satu lense iaitu lensa zoom (zoom lenses). Prime lenses dikenali dengan kualiti gambar dan kelajuan (aperture lebih cepat).
Lensa Zoom Telefoto (Telephoto zoom lenses)-Adalah lense DSLR yang paling popular ketika ini dan datang dalam pelbagai tetapan dan tahap kualiti. Kelebihan bg lense ini adalah anda tidak perlu pergi lebih dekat dengan subjek anda untuk mendapatkan gambar yang lebih kecil. Lensa ini dapat memiliki panjang fokus yang lebar dan juga yang kecil.anda kena ingat bahawa, semakin panjang focal length lense anda, lebih kuat kesan kamera goyang pada gambar anda.

Lensa Makro (Macro Lenses)- lensa ini secara khusus direka untuk mengambil gambar objek yang dekat. Banyak lensa dan kamera yang mempunyai tetapan 'makro' tapi lensa makro membolehkan anda untuk mendapatkan gambar dalam jarak yang sangat dekat dari subjek.
Wide Angle Lenses - Seperti namanya, kanta ini membolehkan anda untuk mengambil gambar dengan perspektif yang sangat luas. Mereka berguna untuk lanskap dan untuk mendapatkan gambar dalam jarak yang dekat dengan subjek tp bnyk yang dpt diambil.Anda perlu tahu bahawa lense yang sangat luas kadang-kadang akan merosakkan gambar anda sedikit (atau banyak), terutama pada bahagian tepi gamabr anda di mana mereka boleh jadi sangat melengkung. Ia boleh digunakan untuk kesan yang hebat, tetapi juga boleh mengecewakan.
fisheye lenses - termasuk dalam kategori wide angle lenses juga tp ianya sengaja merosakkan gambar anda dalam cara yang melengkung untuk mendapatkan lebih luas gambar yang diambil.
inilah beberapa jenis lense yang ada, jenis lense manakah yang berkenan di hati anda?
harap peneranganserba sedikit mengenai lense ini dapat membantu kalian dalam memilih lense yang sesuai utk kamera anda.
sebarang pertanyaan sila komen k.
Subscribe to:
Posts (Atom)






