Aperture

December 30, 2010

Salam..
Kali ni saya akan cuba menerangkan tentang aperture.

Aperture ialah angka bagi seluas manakah iris lens kamera dibuka. Luas bukaan ini menentukan kuantiti cahaya yang masuk ke dalam lens kamera anda. Lebih luas ianya dibuka, maka lebih banyak cahaya yang akan masuk.

Aperture diwakili dengan nombor yang bermula ngan F-Nombor. Saiz aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti F3.
Saiz aperture yang kecil pula diwakili dengan nombor yang besar seperti F22.

Saiz aperture mempengaruhi bentuk fokus pada objek. Aperture yang besar akan fokus lebih kepada subjek dimana gambar subjek akan lebih tajam dan bahagian belakang subjek akan menjadi samar. Gambar seperti ini biasanya dipanggil 'bokeh'.
Aperture yang kecil pula akan fokus pada subjek secara menyeluruh dimana gambar subjek dan bahagian belakang subjek tidak samar.

Selalunya, saiz aperture dari F2.8 ke F8 sesuai untuk menganbil gambar portrait.Manakala saiz F8 ke atas sesuai untuk gambar landscape. Walau bagaimanapun, ini hanyalah sebagai rujukan. pemilihan aperture bergantung kepada keaadan sekeliling dan sumber cahaya yang ada.


Apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, anda boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lens anda. Bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture yang paling besar.

Sebagai contoh:

  • Bagi lens 50mm F1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada F3.5 atau F4.
  • Untuk lens 70-200 F2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah F5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 F2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture.

gambar dengan aperture F22

Gambar dengan aperture 3.5
Harap anda faham dengan penerangan saya. Jika ada sebarang soalan, sila komen. Saya akan cuba menjawab pertanyaan anda.

0 komen:

Followers

Borak

Popular Posts