ISO

January 06, 2011

Salam... 
untuk entri kali ni.. saya akan menerangkan satu lagi perkara yang perlu anda tahu dalam penggunaan DSLR, iaitu ISO.

ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA jka anda pernah mengunakan kamera filem. Kebanyakan DSLR mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso sehingga 6400 dan 25600. ISO yang rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.

Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan 'aperture' dan 'kelajuan shutter' yang diperlukan. Tambahkan ISO untuk 'aperture' yang kecil dan 'kelajuan shutter' yang laju. ISO yang laju seperti ISO 800, 1600. ISO tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise atau 'grain' (bintik-bintik pada gambar).

Asasnya anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang paling rendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman fokus yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman fokus tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. Sekiranya gambar anda blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan ISO walaupun ianya akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur.

contoh perbezaan penggunaan ISO drpd fotogu

Berikut beberapa contoh penggunaan ISO mengikut keadaan dan hasilnya.


ISO Kesesuaian Hasil
100-200
Waktu tengah hari terik/cerah dan cukup kekuatan cahaya (seperti di dalam studio)
Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum.
400
Waktu mendung, dibawah litupan.

Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima
800
Waktu di dalam rumah

Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan.
1600
Waktu malam dan kurang bercahaya

Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan.
3200-6400
Waktu yang gelap dan tidak bercahaya.

Gambar sesuai di ambil menggunakan mod hitam putih.

Harap penerangan saya dpat membantu anda dalam mengendalikan DSLR anda.


Sebarang pertanyaan sila komen ya. =)

0 komen:

Followers

Borak

Popular Posts