Unlock IOS 4.2.1 untuk iPhone 3g/3gs

December 14, 2010

Hello guys,

sorry sebab lame x post, biaser laa bz skit. Ok back to business, post yang lalu aku dah citer camner nak jailbreak ios 4.2.1, skang aku nak tunjuk camne nak unlock plak. Macam biase process unlock ni dilakukan dengan mengunakan redsn0w 0.9.6b5. Malas nak citer panjang jom kiter try, test, tengok.

*Pringatan :
-Unlock ni hanye untuk iphone 3g ngan 3gs jerr
-Kalo sesape yang x de sangkut ngan sim lock, dinasihatkan x yah buat.
-Process unlock kali ni berbeza dari yang lepas sebab baseband iphone anda akan di tukarkan ke baseband ipad
-risiko nyer anda hilang waranty dan x bley downgrade ke baseband asal.

Langkah 1:
Download ios 4.2.1 kat sini.


langkah 2:
Bukak redsn0w 0.9.6b5 dan browse ke ios 4.2.1 dan klik next
(untuk pengguna vista dan windows 7, sila gunakan windows xp compatibility mode)

download redsn0w 0.9.6b5(windows)
download redsn0w 0.9.6b5(mac)



Langkah 3
Korang tick cydia ngan ipad baseband untuk unlock(kalo ade pop up pape korang klik yes je)



Langkah 4
Sebelum korang masuk ke DFU mode, pastikan plugin usb cable ke iphone dan turn off kan nyer.


Langkah 5
Untuk masuk ke DFU mode korang follow gamba kat bawah ni




Langkah 7
Setelah selesai tekan finish kemudian semua process akan dilakukan di dalam iphone secara automatik .
*pastikan usb cable sentiasa plug in pada iphone sepanjang process ni dilakukan


untuk kepastian yang bende ni dah berjaya tap pada setting-->general-->about--->modem firmware. Kalo korang nyer modem firmware 06.15.00 makne nyer anda telah berjaya unlock tahniah.

selamat mencuba.

Mengetahui jumlah shutter count

Salam..

shutter count merujuk kepada bilangan gambar yang telah anda ambil dengan DSLR anda atau bilangan shutter yang anda sudah tekan.

Apa kepentingan untuk kita tahu shutter count ni?
ianya penting sebab setiap dslr ada had penggunaan shutter nya. jika ia melebihi daripada had tersebut, shutter count boleh dianggap sebagai had nyawa bg dlsr. jika shutter count sudah sampai ke tahap maksimum, anda perlu menukar shutter yang baru.


Di atas pertanyaan halia kentang @ aanpaan,

sy selalu menggunakan opanda IExif  untuk melihat jumlah shutter yang telah sy gunakan.

Apa yang perlu anda lakukan?

 1. Muat turun opanda IExif  -> klik untuk muat turun atau buka http://www.opanda.com/en/iexif/download.htm
 2. Install Opanda IExif
 3. Buka gambar yang paling terbaru dari dslr anda.
 4. Opanda IExif akan menunjukkan maklumat-maklumat daripada gambar yang anda pilih termasuklah jumlah shutter bg dslr anda.

Opanda IExif 2
gambar di atas merupakan contoh untuk anda melihat jumlah shutter menggunakan opanda IExif.
sangat mudah untuk digunakan.


jika anda mahu melihat jumlah shutter dengan menggunakan internet, anda boleh cuba regex.info/exif.cgi

selamat mencuba.  

Kelajuan Shutter (shutter speed)

December 01, 2010

Dalam penggunaan DSLR, korang perlu tahu mengenai kelajuan shutter.

Apa tu kelajuan shutter?

kelajuan shutter (shutter speed) adalah masa yang diambil atau berapa lama aperture terbuka dan terdedah kepada cahaya ketika merakamkan sesuati imej. Kelajuan shutter dilihat seperti 1/30, 1/1500 di dalam tetapan DSLR. Kelajuan ini dikira dalam unit saat. 

gambar air dengan kelajuan shutter yang perlahan

Kelajuan shutter bergantung kepada keadaan cahaya. Jika cahaya kurang, maka kelajuan shutter perlu lebih perlahan untuk mengumpul cahaya. kelajuan shutter mempengaruhi gambar yang diambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry. 

Kelajuan shutter juga bergantung kepada pergerakan subjek. Shutter yang laju seperti 1/1000 akan menghentikan  subjek yang bergerak sebagai contoh gambar sukan yang menggukan banyak gerakan. Kelajuan shutter yang rendah pula merakan pergerakan subjek dengan samar.

gambar pemain bola dengan shuter yang laju
Ketika menggunakan kelajuan shutter yang perlahan, seperti 1/5, tripod di perlukan bg mengurangkan kesan samar (blur). Jika tidak menggunakan tripod, minimum bg kelajuan shutter biasanya adalah dari 1/50 hingga 1/100. namun ia juga bergantung kepada teknik dan kekuatan tangan anda.

Anda perlu rajin mencuba kelajuan shutter yang berbeza untuk mendapatkan gambar yang baik bg sesuatu keadaan.


Harap anda faham dengan penerangan sy. 



tajuk seterusnya : aperture?

Followers

Borak

Popular Posts