Mengetahui jumlah shutter count

December 14, 2010

Salam..

shutter count merujuk kepada bilangan gambar yang telah anda ambil dengan DSLR anda atau bilangan shutter yang anda sudah tekan.

Apa kepentingan untuk kita tahu shutter count ni?
ianya penting sebab setiap dslr ada had penggunaan shutter nya. jika ia melebihi daripada had tersebut, shutter count boleh dianggap sebagai had nyawa bg dlsr. jika shutter count sudah sampai ke tahap maksimum, anda perlu menukar shutter yang baru.


Di atas pertanyaan halia kentang @ aanpaan,

sy selalu menggunakan opanda IExif  untuk melihat jumlah shutter yang telah sy gunakan.

Apa yang perlu anda lakukan?

 1. Muat turun opanda IExif  -> klik untuk muat turun atau buka http://www.opanda.com/en/iexif/download.htm
 2. Install Opanda IExif
 3. Buka gambar yang paling terbaru dari dslr anda.
 4. Opanda IExif akan menunjukkan maklumat-maklumat daripada gambar yang anda pilih termasuklah jumlah shutter bg dslr anda.

Opanda IExif 2
gambar di atas merupakan contoh untuk anda melihat jumlah shutter menggunakan opanda IExif.
sangat mudah untuk digunakan.


jika anda mahu melihat jumlah shutter dengan menggunakan internet, anda boleh cuba regex.info/exif.cgi

selamat mencuba.  

Kelajuan Shutter (shutter speed)

December 01, 2010

Dalam penggunaan DSLR, korang perlu tahu mengenai kelajuan shutter.

Apa tu kelajuan shutter?

kelajuan shutter (shutter speed) adalah masa yang diambil atau berapa lama aperture terbuka dan terdedah kepada cahaya ketika merakamkan sesuati imej. Kelajuan shutter dilihat seperti 1/30, 1/1500 di dalam tetapan DSLR. Kelajuan ini dikira dalam unit saat. 

gambar air dengan kelajuan shutter yang perlahan

Kelajuan shutter bergantung kepada keadaan cahaya. Jika cahaya kurang, maka kelajuan shutter perlu lebih perlahan untuk mengumpul cahaya. kelajuan shutter mempengaruhi gambar yang diambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry. 

Kelajuan shutter juga bergantung kepada pergerakan subjek. Shutter yang laju seperti 1/1000 akan menghentikan  subjek yang bergerak sebagai contoh gambar sukan yang menggukan banyak gerakan. Kelajuan shutter yang rendah pula merakan pergerakan subjek dengan samar.

gambar pemain bola dengan shuter yang laju
Ketika menggunakan kelajuan shutter yang perlahan, seperti 1/5, tripod di perlukan bg mengurangkan kesan samar (blur). Jika tidak menggunakan tripod, minimum bg kelajuan shutter biasanya adalah dari 1/50 hingga 1/100. namun ia juga bergantung kepada teknik dan kekuatan tangan anda.

Anda perlu rajin mencuba kelajuan shutter yang berbeza untuk mendapatkan gambar yang baik bg sesuatu keadaan.


Harap anda faham dengan penerangan sy. 



tajuk seterusnya : aperture?

Kemaskini

November 27, 2010

post yang pendek mungkin. jadi, untuk tak bagi nampak cam saye nih orang malas akan saye besarkan saiz huruf... fuhh*... nampak panjang sikit.

*bagi yang pelik, nih kesan khas bunyi tiup ala2 jampi dalam cite p. ramlee

dan sebab post nih cam post pengumumam kesian kat diri sendiri, tak nak la saye skema sangat.

bagi yang pernah lawat laman nih sebelum2 nih, anda mungkin perasan bende yang saye nak bagitau nih. kalo tak pasan takpe... abg gendut tak syahdu sangat... abg gendut noob lagi... paham kalo orang tak nak kenal2. *sob*

dulu ade laman "Penghargaan". sekarang dah takde. bukan takde walaupun saye dah kate takde tadi, cume dah gabung ngan laman laen... "Kami".

"tapi laman 'Kami' dah takde!", ujar segelintir pelawat yang mudah cemas. ade... tuka name je. sekarang dah jadi "Abang"... cam dalam abg gendut. harap orang boleh terime la.

saye juge ade letak laman baru, "Hiburan". kalo pembace (sekejap pembace, sekejap pelawat, sekejap korang... mintak maaf la... saye suke variasi) ade bace "Abang" (dulu "Kami"), abg gendut nih terbahagi kepade tige sub-orang.

kat dalam "Hiburan", abg gendut berpecah (cam otomen ace bile dah menang laman raksase... jadi hakuto dan minami balik). masing2 ikut suke masing2 letak bende yang masing2 suke yang mungkin anda2 (anda pulak dah) suke.

"Poll" masih tak jalan. takde idea. kalo nak tolong, silelah komen kat sini. sunyi je abg main sorang2 (aaaeeeppp! jangan pikir kotor).

untuk yang tak pasan, ade "Follow" kat tepi tuh (<-). bukan nak iklan murah... saje je cakap.

lupe lak. kalo tengok betol2, kat bawah post (nih dan sume post laen gak) ade butang "share". yang rabun dekat tuh, die warne biru2... nampaknye. manfaatkan la yek? yang baik kite sampai2kan... yang masok air pon buley.

sekian.

Yang Benar,

eh? bukan surat kn? salam.

Followers

Borak

Popular Posts