aplikasi: penjelasan

November 23, 2010

tujuan penulisan kali ini adalah bagi menjelaskan fungsi-fungsi aplikasi yang ditampilkan pada laman aplikasi. bagi yang tidak tahu, laman aplikasi boleh dilawati dengan mengklik pada "Aplikasi" yang terletak pada bahagian atas laman ini (omputeh panggil tab, bm die ak xtau ape).

dalam laman aplikasi, tiga aplikasi atas talian (mmg bm die cm2, bkn ak nk wat lawak) ditawarkan bagi penggunaan para pelawat; meta-tag extractor, ip location dan juga meta-tag generator. ketiga-tiga aplikasi ini adalah berlainan (dah name pn laen kn?).

meta-tags extractor
meta-tag extractor boleh digunakan untuk mengekstrak (ade kn dlm bm?) meta-tag mana-mana laman web yang ada dalam dunia web yang luas ini (www).

meta-tag secara ringkas dan sempoinya boleh dibahasakan sebagai kata kunci yang menggambarkan sesebuah laman web.

bagi sesuatu pencarian pada laman seperti google, enjin pencarian akan membandingkan kata-kata kunci pencarian dengan meta-tag laman-laman web yang ada. dengan ini, laman-laman web yang berkenaan dapat disenaraikan dalam hasil carian.

aplikasi ini sesuai digunakan bagi mengintip laman-laman web musuh atau yang terkenal bagi mempelajari kata-kata kunci yang digunakan mereka supaya kita boleh belajar dari meraka atau tiru bulat-bulat.

ip location
bagi yang tak ketahuan, nama domain ditafsirkan kepada alamat ip melalui domain name system (DNS). kalo salah, maknenye aku tipu korang la, tapi betul kot.

oleh sebab itu, aplikasi ini dapat menerima kedua-dua bentuk input; nama domain (abggendut.blogspot.com) atau alamat ip (74.125.xxx.xxx).

aplikasi ini akan mengesan lokasi sesebuah laman web itu, tetapi cuma pada negaranya. maksudnya lokasi server (kot. aku rase la) cuma dapat dikesan sehingga ke, contoh, malaysia dan bukannya ke batang bejuntai.

boleh digunakan jika anda mempunyai niat buruk untuk menjatuhkan satu-satu laman web kerana anda mempunyai pengetahuan tentang lokasi servernya. tapi kena buat large scale attack la... serang satu negara. kalau nak gamble boleh gak... kot2 kena ke.

meta-tags generator
sekarang anda sudah tahu tentang meta-tag. kalau belum, silalah rajinkan diri baca post nih dari atas. ape la nk jadi ngan korg nih.

baku balik. jika aplikasi pertama untuk mengintip atau bahasa baiknya mengekstrak meta-tag daripada laman-laman web, aplikasi ini pula boleh digunakan untuk membentuk atau... membentuk meta-tag bagi laman web anda (xde kamus kat cni. xtau generate ape dlm bm).

hanya masukkan input yang diminta dan aplikasi ini akan... membentuk meta-tag untuk anda. senang. mudah. untuk orang malas.

sekian. harap anda dapat manfaatkan aplikasi-aplikasi ini. niat biar betul. biar elok. salam.

0 komen:

Followers

Borak

Popular Posts