Dapatkan IOS 4.2 sekarang

November 23, 2010


Ape lagi tunggu ios 4.2.1 telah pun di keluarkan. Seperti yang aku post kan sebelum ni, pasal ios 4.2. korang dah bley mule explore dan merasai sendiri function2 baru yang telah disediakan oleh pihak apple seperti AirPlay, AirPrint, Text tone, restriction dan baynyak lagi.

Dier ader dua kaedah untuk update ios 4.2.1:
*peringatan: proses update ke ios 4.2 hanya bley dilakukan pada iTune versi 10.1 sahaje. Kalo x udate lg korang bley download kat link bawah ni:

iTunes
korang bley plugin cable usb ke iphone dan bukak itune dan click update pastu iTunes aku selesaikan ke semuanya.



Manually

korang bley direct download ios ni pada link berikut:

iPhone 3g
iPhone 3gs
iPhone 4


Lepas ni aku akan bagi tau macam mane nak jailbreak untuk ios 4.2.1 ni dan langkah-langkahnyer skali. Ok selamat mencuba

*peringatan: kalo korang download gune internet explorer atau gune Internet download manger(idm) korang akan dapati extension file korang jadi .rar, sepatut nyer .ipsw. Untuk menyelesaikan masalah ni, korang download dulu sampai habis. Kemudian baru tukar file extension tersebut secara manual dari ".rar" ke ".ipsw". Setel


aplikasi: penjelasan

tujuan penulisan kali ini adalah bagi menjelaskan fungsi-fungsi aplikasi yang ditampilkan pada laman aplikasi. bagi yang tidak tahu, laman aplikasi boleh dilawati dengan mengklik pada "Aplikasi" yang terletak pada bahagian atas laman ini (omputeh panggil tab, bm die ak xtau ape).

dalam laman aplikasi, tiga aplikasi atas talian (mmg bm die cm2, bkn ak nk wat lawak) ditawarkan bagi penggunaan para pelawat; meta-tag extractor, ip location dan juga meta-tag generator. ketiga-tiga aplikasi ini adalah berlainan (dah name pn laen kn?).

meta-tags extractor
meta-tag extractor boleh digunakan untuk mengekstrak (ade kn dlm bm?) meta-tag mana-mana laman web yang ada dalam dunia web yang luas ini (www).

meta-tag secara ringkas dan sempoinya boleh dibahasakan sebagai kata kunci yang menggambarkan sesebuah laman web.

bagi sesuatu pencarian pada laman seperti google, enjin pencarian akan membandingkan kata-kata kunci pencarian dengan meta-tag laman-laman web yang ada. dengan ini, laman-laman web yang berkenaan dapat disenaraikan dalam hasil carian.

aplikasi ini sesuai digunakan bagi mengintip laman-laman web musuh atau yang terkenal bagi mempelajari kata-kata kunci yang digunakan mereka supaya kita boleh belajar dari meraka atau tiru bulat-bulat.

ip location
bagi yang tak ketahuan, nama domain ditafsirkan kepada alamat ip melalui domain name system (DNS). kalo salah, maknenye aku tipu korang la, tapi betul kot.

oleh sebab itu, aplikasi ini dapat menerima kedua-dua bentuk input; nama domain (abggendut.blogspot.com) atau alamat ip (74.125.xxx.xxx).

aplikasi ini akan mengesan lokasi sesebuah laman web itu, tetapi cuma pada negaranya. maksudnya lokasi server (kot. aku rase la) cuma dapat dikesan sehingga ke, contoh, malaysia dan bukannya ke batang bejuntai.

boleh digunakan jika anda mempunyai niat buruk untuk menjatuhkan satu-satu laman web kerana anda mempunyai pengetahuan tentang lokasi servernya. tapi kena buat large scale attack la... serang satu negara. kalau nak gamble boleh gak... kot2 kena ke.

meta-tags generator
sekarang anda sudah tahu tentang meta-tag. kalau belum, silalah rajinkan diri baca post nih dari atas. ape la nk jadi ngan korg nih.

baku balik. jika aplikasi pertama untuk mengintip atau bahasa baiknya mengekstrak meta-tag daripada laman-laman web, aplikasi ini pula boleh digunakan untuk membentuk atau... membentuk meta-tag bagi laman web anda (xde kamus kat cni. xtau generate ape dlm bm).

hanya masukkan input yang diminta dan aplikasi ini akan... membentuk meta-tag untuk anda. senang. mudah. untuk orang malas.

sekian. harap anda dapat manfaatkan aplikasi-aplikasi ini. niat biar betul. biar elok. salam.

coleslaw kfc: sayur atau buah?

"saya tak pernah luluskan coleslaw dalam menu kfc. kentang goreng pun tak, tapi saya tak kisah sangat. coleslaw? jangan nak burukkan nama saya." ~Kolonel Sanders, Patung KFC.

coleslaw itu sayur. kepada sesiapa yang tak makan sayur, jangan makan coleslaw.

amaran di atas mungkin kedengaran agak kasar bagi segelintir pihak. ianya memang kasar. saya pangkah coleslaw. bukan pangkah macam mengundi tu. pangkah macam markah kosong jawapan salah, dilarang membawa kamera ke dalam tandas dan orang berat tak boleh duduk atas kerusi ni. pangkah.

atas kemalasan diri saya sendiri, saya akan berenti menggunakan bahasa baku dan akan menggunakan bahasa pasar berserta singkatan-singkatan yang sepatutnya mulai perenggan yang seterusnya.

clsw kfc syr. jgn mkn. sy akn cb trgkn np clsw kfc 2 syr srgks mgkn. bau mmg xsdp r kn? sy pn xtau cmn ad org yg le thn. bau xsdp, syr. rs pn bl thn gk xsdp. aym kfc sdp kn? lg sdp dr clsw? wtp nk mkn clsw lg? ckp r mkn aym. rs xsdp, syr. wrn bl thn r. mrh, hj, kng, pth. kl ad br le jd jlr gmlg. bh. tp lmbt. syr da mng. clsw syr.



meskipun yang demikian, untuk memastikan agar pembaca dapat memahami mesej yang cuba saya sampaikan, akan saya merajinkan diri saya semula untuk berbahasa malaysia baku mulai awal perenggan ini tadi.

sifat kesayuran pada sesayur coleslaw dapat dibau dangan jelas pada baunya dan dirasa dengan lidah untuk rasa yang kurang enaknya. berikut adalah huraian-huraiannya.

pada kebiasaannya, sebuah buah akan mengeluarkan bau yang enak dan sentimental untuk menarik minat pembau untuk memakannya (hal ini tidak benar pada durian yang dimusykili kebuahannya). sebagai contoh, buah oren dengan bau pewangi paris hilton dan strawberi dengan britney spears. bau coleslaw tidak pernah dijadikan pewangi. hal ini kerana, coleslaw ialah sayur.

selain itu, rasanya yang kurang enak jika hendak dibandingkan dengan rasa ayam goreng kfc mendatangkan tanda tanya mengenai peranannya dalam hidangan lengkap kfc. jika kita membuat hipotesis bahawa (a) setiap hidangan terdiri daripada sayur dan buah, dan (b) yang lebih sedap itu buah, dapatlah kita mengkategorikan bahawa coleslaw itu sayur.

meskipun coleslaw itu beraneka warna, hal ini tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada dikategorikan dalam kategori sayur. takziah.

nota: topik seterusnya, air batu campur (abc).

Followers

Borak

Popular Posts