"kuala lumpur boleh maju dan maju lagi. kita dah ada taufufa hitam, putih dan hijau. dbkl ada rancang nak buat warna indigo. tak ada buah yang lagi sedap." ~Yap Ah Loi, Pemaju
pertama sekali, ingin saya meminta maaf atas penukaran tajuk pada saat-saat terakhir daripada air batu campur kepada taufufa. saya tidak dapat melihat masa depan pada ABC.
taufufa atau macam mana pun perkataan ini dieja merupakan salah satu makanan tradisional di malaysiaku tercinta ini.
makanan ini dimitoskan telah dibawa masuk ke dalam negara ini melalui tongkang dari negeri china, merentasi laut china selatan, buat lap kat singapura, lalu selat melaka, depan lagi sikit, berhenti kat georgetown, makan angin jap dan diposlajukan ke jalan tiga bangi... oleh british. kata mitos. tak boleh percaya sangat.
kini, taufufa boleh didapati di mana-mana pasar malam berdekatan rumah anda. berharga dalam lingkungan seringgit lebih ke dua ringgit, ianya selalu terjual bersama-sama dengan tong air kacang soya yang terletak bersebelahan yang berisi air kacang soya yang berharga seringgit untuk cawan, dua ringgit untuk plastik dan tiga ringgit untuk jag.
*agak hebat jika anda bolah nampak pakcik jual taufufa
ramai bertanyakan kepada saya dalam bahasa pasar dan saya paparkan dalam bahasa yang agak baku untuk tontonan pelawat, "bagaimana anda boleh makan taufufa sedangkan anda tidak makan sayuran?"
saya pun menjawab dalam bentuk penulisan yang sama, "apakah?"
mereka bingkas bingung dan meringkaskan soalan lalu bertanya kembali, "bagaimanakah?"
saya tanpa membuang masa menjeling serius ke arah pakcik jual taufufa, "seringgit setengah kan pakcik?"
pakcik taufufa jawab "ya", ala-ala yoda dalam star wars episod tiga.
bagi menjelaskan mengapa saya makan taufufa yang secara tidak langsungnya menjatuhkan taufufa sebagai buah, saya akan tampilkan dialog yang telah berlangsung beberapa minit selepas jawapan satu perkataan pakcik taufufa tadi antara saya, lelaki A dan lelaki B di lokasi rahsia. restoran azura, seksyen tiga tambahan, bandar baru bangi.
lelaki A: sila jawab saudara?
saya: boleh kemukakan soalannya sekali lagi?
lelaki B: bagaimana anda boleh makan taufufa sedangkan anda tidak makan sayuran?
saya: bagaimanakah boleh tercetusnya idea untuk soalan ini?
lelaki B: topik ini terkeluar semasa lelaki A sedang enak menyanyi di jamban.
lelaki A: saya lelaki A dan saya membenarkan hujah di atas.
saya: adakah anda serius dengan pertanyaan ini?
lelaki B: ya.
lelaki A: sungguh.
saya: bolehkah saya menjawab soalan ini dengan soalan yang lain?
lelaki A: contohnya?
lelaki B: saya hairan.
saya: contohnya, lelaki A bertanyakan kepada saya, kenapa bulan itu bulat...?
lelaki B: ya... dan... dan...
saya: saya bertanya kembali kenapa... tak boleh ke?
lelaki A: saya menjawab ya bagi soalan di atas. boleh.
lelaki B: saya agak macho dan membenarkan jawapan melalui lebih soalan.
saya: ape kene mengene taufufa ngan sayur? taufufa kan buah?
lelaki A: ...
lelaki B: ...
saya: ...
lalu kami pun lantas menukar topik perbualan sambil hisap shisha sampai jam tiga pagi.
teladan: taufufa itu buah.
nota: topik seterusnya... jagung.

7 komen:
tak suke taufufa..cm lembik2..eeeee hehehhe
sedap wooo. kalo nk kerap msuk je dlm freezer. jd eskem.
suka taufufa yg kaler itam..
hehehe
kale hijau manyak sedap wooo. rase cam roti sweeties pandan.
suka sgt taufufa..my feberet, haha klakar la entry ni...salam kenal dan salam ziarah..tak sabar nk baca jagung pulak
mekasyeh. nantikan yek?
cuba buat topik psl kacang hijau or kobis plak, bo.. tringin nak baca.. hahaha! tp kena berunsurkan adil la.. klu ada bunyi2 cam berat sebelah tu, xmo.. :P
Post a Comment