Aperture
Salam..
Kali ni saya akan cuba menerangkan tentang aperture.
Aperture ialah angka bagi seluas manakah iris lens kamera dibuka. Luas bukaan ini menentukan kuantiti cahaya yang masuk ke dalam lens kamera anda. Lebih luas ianya dibuka, maka lebih banyak cahaya yang akan masuk.
Aperture diwakili dengan nombor yang bermula ngan F-Nombor. Saiz aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti F3.
Saiz aperture yang kecil pula diwakili dengan nombor yang besar seperti F22.
Saiz aperture mempengaruhi bentuk fokus pada objek. Aperture yang besar akan fokus lebih kepada subjek dimana gambar subjek akan lebih tajam dan bahagian belakang subjek akan menjadi samar. Gambar seperti ini biasanya dipanggil 'bokeh'.
Aperture yang kecil pula akan fokus pada subjek secara menyeluruh dimana gambar subjek dan bahagian belakang subjek tidak samar.
Selalunya, saiz aperture dari F2.8 ke F8 sesuai untuk menganbil gambar portrait.Manakala saiz F8 ke atas sesuai untuk gambar landscape. Walau bagaimanapun, ini hanyalah sebagai rujukan. pemilihan aperture bergantung kepada keaadan sekeliling dan sumber cahaya yang ada.
Apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, anda boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lens anda. Bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture yang paling besar.
Sebagai contoh:
- Bagi lens 50mm F1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada F3.5 atau F4.
- Untuk lens 70-200 F2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah F5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 F2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture.
gambar dengan aperture F22 |
Gambar dengan aperture 3.5 |
Unlock IOS 4.2.1 untuk iPhone 3g/3gs
December 14, 2010
Hello guys,
sorry sebab lame x post, biaser laa bz skit. Ok back to business, post yang lalu aku dah citer camner nak jailbreak ios 4.2.1, skang aku nak tunjuk camne nak unlock plak. Macam biase process unlock ni dilakukan dengan mengunakan redsn0w 0.9.6b5. Malas nak citer panjang jom kiter try, test, tengok.
*Pringatan :
-Unlock ni hanye untuk iphone 3g ngan 3gs jerr
-Kalo sesape yang x de sangkut ngan sim lock, dinasihatkan x yah buat.
-Process unlock kali ni berbeza dari yang lepas sebab baseband iphone anda akan di tukarkan ke baseband ipad
-risiko nyer anda hilang waranty dan x bley downgrade ke baseband asal.
Langkah 1:
Download ios 4.2.1 kat sini.
langkah 2:
Bukak redsn0w 0.9.6b5 dan browse ke ios 4.2.1 dan klik next
(untuk pengguna vista dan windows 7, sila gunakan windows xp compatibility mode)
download redsn0w 0.9.6b5(windows)
download redsn0w 0.9.6b5(mac)
Langkah 3
Korang tick cydia ngan ipad baseband untuk unlock(kalo ade pop up pape korang klik yes je)
Langkah 4
Sebelum korang masuk ke DFU mode, pastikan plugin usb cable ke iphone dan turn off kan nyer.
Langkah 5
Untuk masuk ke DFU mode korang follow gamba kat bawah ni
Langkah 7
Setelah selesai tekan finish kemudian semua process akan dilakukan di dalam iphone secara automatik .
*pastikan usb cable sentiasa plug in pada iphone sepanjang process ni dilakukan
untuk kepastian yang bende ni dah berjaya tap pada setting-->general-->about--->modem firmware. Kalo korang nyer modem firmware 06.15.00 makne nyer anda telah berjaya unlock tahniah.
selamat mencuba.
Mengetahui jumlah shutter count
Salam..
Di atas pertanyaan halia kentang @ aanpaan,
sy selalu menggunakan opanda IExif untuk melihat jumlah shutter yang telah sy gunakan.
Apa yang perlu anda lakukan?
1. Muat turun opanda IExif -> klik untuk muat turun atau buka http://www.opanda.com/en/iexif/download.htm
2. Install Opanda IExif
3. Buka gambar yang paling terbaru dari dslr anda.
4. Opanda IExif akan menunjukkan maklumat-maklumat daripada gambar yang anda pilih termasuklah jumlah shutter bg dslr anda.
Opanda IExif 2 |
sangat mudah untuk digunakan.
jika anda mahu melihat jumlah shutter dengan menggunakan internet, anda boleh cuba regex.info/exif.cgi
selamat mencuba.
Kelajuan Shutter (shutter speed)
December 01, 2010
gambar air dengan kelajuan shutter yang perlahan |
gambar pemain bola dengan shuter yang laju |